Thursday, August 14, 2008

Lihat wanita tanpa wajah





Oleh Mohd Nur Asnawi Daudasnawi@hmetro.com.my






SUBANG JAYA: “Saya lihat seorang wanita tanpa wajah menyebabkan saya menggigil ketakutan dan menjerit sekuat hari sebelum tidak sedarkan diri,” kata seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23 di sini, semalam.Dia antara beberapa pelajar sekolah itu yang diserang histeria pada Selasa lalu dan semalam.Pelajar tingkatan satu yang enggan namanya disiarkan ketika ditemui di rumahnya di Puchong, semalam berkata, sebelum kejadian, dia sedang belajar dalam kelas, jam 8 pagi.“Tiba-tiba saya terdengar seorang pelajar perempuan tingkatan lima menjerit menyebabkan saya seram.
“Saya cuba mententeramkan diri tapi mula takut menyebabkan saya menangis,” katanya.
Menyedari dia menangis, beberapa pelajar dan guru bergegas membantunya.“Cikgu suruh saya baca ayat suci al-Quran bagi mengelak terkena gangguan,” katanya.Katanya, dia bagaimanapun terus menangis dan tidak menyedari apa yang berlaku sebelum dibawa ke sebuah bilik untuk ditenteramkan.Wartawan yang menyedari kejadian itu pagi semalam bergegas ke sekolah terbabit, tetapi dilarang memasuki pintu pagar sekolah oleh pengawal keselamatan.Harian Metro difahamkan, kebanyakan pelajar sekolah itu yang diserang histeria menjerit dan meraung seolah-olah dirasuk makhluk halus. Malah, ada yang bertindak agresif, termasuk menumbuk seorang guru perempuan yang cuba mententeramkan keadaan.Kejadian itu menyebabkan sesi pembelajaran terhenti apabila guru, kakitangan dan pelajar lain bertungkus-lumus menenangkan pelajar yang diserang histeria.Sementara itu, seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang menyaksikan kejadian itu, berkata suasana sekolah menjadi kelam-kabut Selalu lalu.Ini mengakibatkan dia bersama guru dan kakitangan sekolah serta pelajar lain terpaksa membantu mereka.“Saya dan beberapa kawan membantu pelajar lelaki dan perempuan bagi mengelak mereka melakukan perbuatan berbahaya ketika tidak sedarkan diri.“Pembelajaran di sekolah terhenti seketika kerana kejadian terbabit dan pelajar yang diserang histeria dibawa balik ibu bapa masing-masing,” katanya.Kejadian semalam pula, menurutnya, beberapa lagi pelajar diserang histeria, namun ia tidak seteruk dua hari sebelum itu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home